





![]() | Today | 1021 |
![]() | Yesterday | 1096 |
![]() | This Week | 5609 |
![]() | This Month | 28891 |
![]() | Last Month | 51793 |
![]() | All | 481787 |
Soalan Lazim
Apakah Institut Kemahiran Belia Negara?
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran belia tercicir. Pada tahun 1990-an, program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.
Apakah syarat-syarat kemasukan ke IKBN Bachok?
- Warganegara Malaysia
- Berusia di antara 18-30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 (keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik di peringkat SPM/SPMV)
- Belum pernah berkahwin
- Sihat tubuh badan (akuan daripada doktor)
- Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. (kecuali calon meningkat tahap)
- Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
Bagaimana dengan tempat penginapan dan makan minum?
- Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian sepanjang tempoh latihan di IKBN
Kemudahan lain yang disediakan?
- Alat kelengkapan pembelajaran yang moden dan terkini
- Perpustakaan, Makmal dan Bengkel yang lengkap.
- Bahan Latihan yang mencukupi.
- Lawatan Ke Industri.
- Tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih.
- Kemudahan asrama, makan dan minum percuma
- Elaun Bulanan RM100.00.
- Elaun Loji RM300.00
- Kemudahan Perubatan di Hospital dan Klinik Kerajaan.
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi
- Kegiatan kerohanian dan kemasyarakatan
Bilakah sesi pengambilan IKBN dilakukan?
- Sesi pengambilan IKBN dilakukan 2 kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun.
Bagaimanakah hendak mendapatkan borang permohonan masuk ke IKBN?
- Melalui UPU Online https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html
- Sila dapatkan Kod UNIK ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Apakah Konsep Latihan yang dijalankan di IKBN?
Institut Kemahiran Belia Negara Bachok menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan adalah:-
- Latihan kemahiran
- Kepimpinan dan ketatanegaraan
- Keagamaan dan kerohanian
- Keusahawanan
- Kawad
- Sukan dan Rekreasi
- Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat

Apakah pengertian logo IKBN?
Perisai :
Membawa makna IKBN menjadi tempat naungan bagi belia memperolehi latihan kemahiran. Warna biru membawa makna IKBN melahirkan tenaga kerja kolar biru yang berkemahiran dan diiktiraf.
Gear :
Membawa makna belia yang berkemahiran adalah penggerak kepada pembangunan negara. Warna kuning membawa maksud kecemerlangan dalam latihan adalah aspek yang sentiasa dititikberatkan dalam pembelajaran di IKBN.
Lengkungan dalam Gear Bewarna Merah :
Membawa makna IKBN berusaha memupuk sifat keberanian dan semangat kental para pelajar bagi menempuhi cabaran dalam alam pekerjaan yang bakal ditempuhi.
Simbol Buku :
Membawa maksud ilmu yang diterapkan kepada para belia di IKBN merangkumi pelajaran amali dan teori. Kulit buku berwarna hijau bermaksud para belia juga diterapkan dengan ilmu keagamaan dan nilai murni bagi melahirkan belia yang mahir dan bersifat mulia.
Apakah badan yang mengiktirafkan kelayakan pelajar IKBN?
Berikut adalah badan-badan persijilan yang mengiktiraf kelayakan dan kekompetensi bidang-bidang kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN):
- Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 ,2 dan 3 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
- Suruhanjaya Tenaga (ST) Perakuan Kekompetenan Pendawai Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia Sijil Kecekapan Latihan
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Diploma Teknologi
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sijil Teknologi, Diploma Teknologi
Bagaimanakah dengan pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKBN ini kelak?
Negara memerlukan tenaga mahir yang ramai jadi peluang pekerjaan sangat luas di mana hampir semua lulusan IKBN mendapat pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
Setelah saya tamat dengan jayanya di IKBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi?
Peluang sentiasa terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara,Sepang (IKTBN) Malaysian France Institusi (MFI), German Malaysian Training Intstitute(GMTI), ADTEC dan lain-lain lagi Institut pengajian swasta mahupun kerajaan di mana ianya menawarkan SKM tahap 3 dan Diploma Kemahiran.
Last Updated (Tuesday, 26 March 2013 12:29)








